Saturday 21 December 2013

KISAH GASTRIK dan VITAMIN

Apa itu GASTRIK

Penyakit Gastrik atau Gastritis merujuk kepada keradangan pada lapisan dinding perut. Di dalam perut, terdapat satu lapisan mukus semulajadi yang melindungi dinding perut daripada bahan kimia berasid semulajadi yang sangat diperlukan untuk proses penghadaman makanan di dalam perut. Keradangan dinding perut berlaku apabila terdapat bahan asing yang menghakis lapisan mukus pelindung di permukaan perut.


Penyakit gastrik merupakan penyakit yang kian berleluasa. Alhamdulillah dengan izin Allah, penyakit gastrik boleh dirawat dan tidak seharusnya menyebabkan anda risau. Sebelum rawatan dimulakan, punca penyakit gastrik harus disiasat supaya kita dapat mengambil langkah-langkah untuk mengelakkan kehilangan lapisan mukus pelindung perut.

Siapa yang berisiko mengalami Gastrik ?
1) Individu yang kerap mengambil ubat tahan sakit dalam satu tempoh yang lama.
2) Individu yang merokok dan minum minuman keras. Asap rokok dan alkohol mampu mencederkan lapisan pertahanan organ badan (lapisan mukosa)
3) Individu yang sering stresss (tekanan kerja, sosial atau badan sering tidak sihat). Stress juga sering dialami oleh individu yang baru menjalanai pembedahan besar. Ini mampu mengundang stress pada badan.
4) Pengamal ubatan tradisional terutama yang telah dicampur dengan steroid supaya lebih mujarab



SIMPTOM
Selalunya, pesakit gastrik akan mengalami simptom seperti sakit perut, hilang selera makan, rasa loya dan muntah-muntah.
Jika penyakit gastrik bertambah sehingga berlakunya ulser perut dan pendarahan di dinding perut, pesakit boleh mengalami masalah najis berdarah yang berwarna hitam atau muntah darah.
Kesimpulannya, jangan memandang remeh penyakit gastrik. Jika dibiarkan tanpa rawatan, dikhuatiri pesakit akan menghidapi gastrik kronik dengan simptom berbahaya.
Jangan tunggu hingga gastrik menjadi kronik dan pendarahan dalaman berlaku
Jika anda adalah pesakit gastrik, tidak kira sama ada tahap awal atau kronik, jangan berputus asa berikhtiar dan berdoa sepenuh hati untuk penyembuhan penyakit gastrik.

Kenali set gastrik Shaklee




1) ESP
2) Ostematrix
3) Peppermint Ginger Plus


Energizing Soy Protein (ESP)
ESP membantu mengurangkan gastrik anda dengan 2 langkah mudah
1) Mengurangkan keasidan dalam perut disebabkan jus gastrik. ESP ni bersifat alkali dan apabila bercampur dengan asid perut akan mengurangkan hakisan pada dinding perut.

2) 20 jenis asid amino yang terdapat di dalam ESP dapat membantu membina sel dan tisu baru bagi dinding perut

Ostematrix
Ostematrix kaya dengan kalsium dan kalsium bersifat alkali. Sama seperti ESP, ia akan mengurangkan keasidan perut

Sebab itu apabila seseorang diserang dengan gastrik, disuruh minum susu bagi meneutralkan asid dalam perut.
 

Peppermint Ginger Plus
Bahan utama dalam Peppermint Ginger ialah halia. Biasanya kalau perut banyak angin, kita disuruh minum air halia untuk keluarkan angin dalam badan.Inilah khasiat produk shaklee ni.
Kandungan bahan seperti herba asli pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis memberikan rasa nyaman dan melegakan ketidakselesaan perut.



 







Wakil Pengedar Shaklee Anda
Azlin Othman | Shaklee Independent Distributor [ ID No : 947919 ]
 SMS/WhatsApp : 012-269 1832
 Emel :
azlinchome2002@mail.com
atau tinggalkan message anda di sini
 
http://www.facebook.com/messages/norazlin.othman.7
selepas saya reply sila lihat inbox  -> tab "other"

Saturday 9 November 2013

VIVIX VS STROK


Strok adalah punca kematian ketiga terbesar di malaysia. Dianggap sebab utama kehilangan upaya yang teruk.
Takut tak baca statistik macam tu..eee..ngeri
APAKAH STROK?
STROK adalalah serangan otak dan terjadi apabila bekalan darah ke otak terganggu. Untuk berfungsi, otak memerlukan bekalan darah berterusan yang membawa OKSIGEN dan NUTRIEN yang amat penting. Apabila saluran darah di dalam otak anda PECAH ataupun TERSUMBAT, bekalan darah akan terhenti dan sel-sel otak akan kekurangan oksigen dan nutrien. Otak itu mula MATI dan anda mengalami STROK.
Antara punca yang mengundang keadaan ini berlaku disebabkan oleh:
1.Tekanan Darah Tinggi
2.Tinggi kolesterol
3.Penyakit Kencing Manis
4.Kegemukan
5.Gangguan jantung
6. Stress yang terlampau
Cara untuk mengatasi ialah dengan mengamal cara hidup sihat, hentikan merokok, periksa tekanan darah, semak kesihatan jantung anda, semak gaya hidup dan pemakanan harian, hindari makan daging merah terlalu banyak, banyakkan makanan berserat, kurangkan garam dalam makanan harian (kurangkan fastfood), aktif bersenam, kawal stress dengan bijak.

Apa yang boleh saya cadangkan bagi menyelak perkara-perkara lebih buruk dari berlaku ialah dengan mengamalkan supplimen dari Shaklee. Untuk kes kronik seperti di atas saya syorkan untuk ambil Vivix. Jangan berkira bila melibatkan bab2 kesihatan. Duit boleh dicari. Mencegah lebih baik dari merawat.

OK jom kita tengok mengapa sesetengah orang label kan Vivix ni tonik ajaib. 
APA ITU VIVIX?
Vivix Minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. Vivix mengandungi campuran unit botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan Polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semualajadi.


Vivix cukup bagus untuk memperbaiki sel, menghapuskan radikal bebas dan memperbaiki DNA. 



Memperbaiki DNA. Setiap hari, tubuh kita mengalami kerosakan DNA (salah satunya akibat radikal bebas) yang menyebabkan proses penuaan terjadi begitu cepat. Vivix membantu melambatkan dan melindungi DNA sel tubuh kita dan melambatkan proses tersebut.Vivix sesuai diambil oleh mereka yang selesai menjalani rawatan pemulihan kanser, misalnya kimoterapi, bagi mengembalikan sel tubuhnya kepada keadaan asal.


Memperbaiki tenaga sel. Semakin tubuh kita terdedah kepada penuaan, semakin cepat sel tubuh kita kehilangan tenaga. Ini akan menurunkan fungsi sel. Vivix membantu menguatkan sel tubuh.


Membantu meningkatkan fungsi otak, kardiovaskular, imuniti dan sendi. Semakin tua, semakin kita rasa sakit sana sini, ingatan pun makin pudar. Vivix membantu mengembalikan keremajaan.



APA ITU RESVERATROL?
Resveratrol ialah sejenis phenol semulajadi yang wujud di dalam tumbuhan anggur terutamanya jenis muskat dan anggur kulit merah serta Knotweed Jepun.
Kajian saintifik menunjukkan resveratrol sangat memainkan peranan dalam memanjangkan usia kerana ia dapat melawan penuaan pada tahap sel. Secara semula jadinya, resveratol telah dijumpai dalam buah elder berry. Kiranya kajian telah membuktikan resveratol di dalam vivix boleh membantu mengekalkan awet muda



MANFAAT VIVIX
1) Mengalakkan Penuaan yang sihat
2) Membantu mengelak kanser
3) Mengurangkan risiko penyakit jantung
4) Mengurangkan komplikasi kensing manis
5) Meningkatkan kesihatan arthritis & menyokong kesihatan sendi
6) Bantu mengurangkan insiden bagi penyakit nyanyuk
7) Menggalakkan kehilangan berat badan
8) Meningkatkan sistem imun
9) Menyokong kesihatan mata
10) Menggalakkan kesihatan keseluruhan

GOLONGAN YANG MEMERLUKAN VIVIX
1) Pesakit Diabetes
2) Arthiritis
3) Pesakit Gout
4) Pesakit Cancer yg telah menjalani kemoterapi
5) Orang yg rabun mata/ golongan yang mempunyai masalh selaput mata - perlukan   antioksidan yang tinggi
6) Golongan yg mementingkan kesihatan badan yg maksimum
7) Atlit atau yg aktif Sukan
Anti Penuaan
9) Golongan yang mengidap kanser atau berisiko mengidap kanser akibat keturunan atau kegagalan fungsi mana2 organ
10) Pesakit SLE
11) Pesakit jantung
12) Pesakit darah tinggi'
13) Pesakit stroke
14) Wanita yang mempunyai cyst
15) golongan yang mempunyai ketahanan badan yang lemah
16) Anti penuaan
17) Perokok tegar
18) Ketagihan dadah

JOM tengok testimoni plak






Promosi Vivix sempena Bulan Julai  

PAKEJ A:
* BELI 6 PERCUMA 1
* PERCUMA KEAHLIAN SEUMUR HIDUP
* PERCUMA POS


 PAKEJ B:
* BELI 2 BOTOL
* PERCUMA KEAHLIAN SEUMUR HIDUP
* PERCUMA POS


ATAU Nak beli sebotol pun boleh



Wakil Pengedar Shaklee Anda
Azlin Othman | Shaklee Independent Distributor [ ID No : 947919 ]
 SMS/WhatsApp : 012-269 1832
 Emel :
azlinchome2002@mail.com
atau tinggalkan message anda di sini
 
http://www.facebook.com/messages/norazlin.othman.7
selepas saya reply sila lihat inbox  -> tab "other"

Tuesday 5 November 2013

Set Sendi

Sakit sendi berpunca daripada pelbagai jenis kecederaan atau keadaan seperti rheumatoid arthritis atau osteoarthritis. Walau apa sekalipun puncanya, ianya nyata sangat membebankan kita.

Gambar menunjukkan sendi yang sihat

Rheumatoid arthritis (RA) 

•Keradangan berlaku apabila bendalir sinovia diserang oleh sel darah putih teraktif, menyebabkab bahan kimia tertentu dilepaskan ke dalam bendalir. 

•Minyak-minyak ikan atau herba seperti Boswellia membantu penghidap RA .



Osteoarthritis (OA) 

•Kemerosotan tulang rawan menyebabkan kesakitan apabila tulang-tulang gosok antara satu sama lain. 

•Glukosamina membantu melambatkan kehilangan tulang rawan.



Seliuh

•Kecederaan pada sekitar ligamen satu sendi. 

•Bila ligamen diunjurkan terlalu jauh atau koyak, sendi menjadi sakit dan bengkak.

Tendinitis
•Keradangan, kegatalan & bengkak pada tendon. 
•Tendon hilang keanjalan akibat kecederaan, penggunaan berlebihan atau penuaan.

Simptom-simptom sendi yang tak sihat: 
  • Ketegangan
  • Lenguh
  • Bengkak 
  • Berkeriut atau bunyi klik bising 
  • Kesukaran untuk membengkokkan atau meluruskan sendi akan berlaku. 

Apabila usia kita semakin meningkat, tulang-tulang akan hilang kalsium & lain-lain mineral. Jadi, kepadatan tulang juga akan berkurangan. Spina terdiri daripada tulang-tulang yang dipanggil vertebra. Antara setiap tulang terdapat gel (cakera intervertebral) yang bertindak sebagai kusyen. Batang spina menjadi lebih pendek apabila cakera-cakera beransur-ansur hilang bendalir, menjadi lebih nipis & mampat. Ini menyebabkan sendi-sendi menjadi lebih keras & kurang fleksibel. Bendalir dalam sendi-sendi mungkin berkurang & tulang rawan mula menggosok antara satu sama lain & menyebabkan kesakitan.


Ada beberapa cara untuk melegakan kesakitan sendi:
  1. Ubat atau suntikan - Melegakan kesakitan & keradangan untuk sementara masa & merosakkan organ-organ dalaman
  2. Pembedahan - mahal & pergerakan terhad
  3. Pengmbilan supplemen

KANDUNGAN SET

  1. ADVANCED JOINT HEALTH : Menyokong keselesaan dan memelihara sendi sendi (terbukti secara klinikal selepas 5 hari penggunaan)
  2. OMEGA GUARD : Mengawal sakit dan inflamasi sendi dan menangani kekakuan
  3. OSTEMATRIX : Menghalang kemerosotan tulang dan sumber kalsium terbaik
Langkah 1 :

Advanced Joint Health ~ Membantu mengekalkan tulang rawan yang sihat.



Memberikan manfaat kepada sendi dalam 3 cara:

(1) Menyokong keselesaan sendi dgn Ekstrak Boswellia

(2) Meningkatkan kesan kusyen dgn Ekstrak jagung

(3) Memelihara tisu Penyambung yang sihat dgn Vitamin C , Zink, Tembaga dan Mangan

Langkah 2 :

Omega Guard ~ Mengurangkan inflamasi. Omega bertindak

(1) Melambatkan degradasi tulang rawan

(2) Boleh mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi-sendi – mengurangkan gejala-gejala dalam penyakit sendi

(3) Bertindak sebagai pelincir – membantu bergerak lebih bebas. Kajian terkini menunjukkan pengambilan asid lemak omega bersama glukosamina dapat meningkatkan kesihatan sendi daripada mengambil glukosamina sahaja



Langkah 3 :

OsteMatrix @ Kalsium ~ Mengekalkan Sel Tulang yang Sihat.



OsteoMatrix Lebih daripada kalsium sebab

(1) Kalsium, 1,000mg – Sumber semulajadi yang berkonsentrasi dan mudah diserap

(2) Magnesium, 400mg – Bantu mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang & menguatkannya

(3) Vitamin D, 400IU – Merangsangkan penyerapan kalsium

(4) Boron – Bantu dalam metabolisma tulang

(5) Mangan, tembaga & zink – Mengaktifkan enzim yang membantu dalam pembinaan kepadatan tulang

Jangan biarkan sakit sendi dan lutut ini menganggu pergerakan orang tersayang kita...kecil pelaburannya tapi besar manfaatnya. Jadikan hadiah setiap bulan untuk ibubapa kita.

Pencegahan awal boleh menjadikan kita sihat pada masa akan datang. Sama ada kita penghidap sakit sendi atau pun tidak, adalah penting  mendapatkan nutrisi sendi seiring dengan peningkatan usia.




 


Wakil Pengedar Shaklee Anda
Azlin Othman | Shaklee Independent Distributor [ ID No : 947919 ]
 SMS/WhatsApp : 012-269 1832
 Emel : azlinchome2002@mail.com
atau tinggalkan message anda di sini
 http://www.facebook.com/messages/norazlin.othman.7
selepas saya reply sila lihat inbox  -> tab "other"


Sunday 13 October 2013

Set Resdung


Alahan (Resdung atau *resah hidung*) ialah satu fenomena di mana seseorang menjadi alah (alergi) kepada pelbagai agen persekitaran seperti debu, habuk atau biji-biji debunga yang selalu dikaitkan dengan kejadian alahan ini.





Antara gejala-gejala yang kelihatan ialah:

•Hidung tersumbat dan berbau busuk
•Gatal-gatal di kawasan muka, telinga, mata dan hidung
•Hidung kerap berair walaupun tidak selsema
•Kerap bersin terutama di waktu pagi
•Rasa berat muka atau sakit terutama di kawasan antara mata
•Sakit tekak secara berpanjangan serta berulang
•Mengalami demam atau rasa tidak sedap badan secara berpanjangan
•Kerap sakit kepala
Jadi apa yang Shaklee cadangkan bagi mengatasi dan mencegah masalah sinus dan resdung? 


Untuk semua penghidap resdung, cubalah rasai kehebatan tiga serangkai ini, pasti tidak mengecewakan. InsyaAllah. Jom review pengguna Set Resdung (Set G Shaklee) yang telah bebas resdung!








Wakil Pengedar Shaklee Anda
Azlin Othman | Shaklee Independent Distributor [ ID No : 947919 ]
 SMS/WhatsApp : 012-269 1832
atau tinggalkan message anda di sini
selepas saya reply sila lihat inbox  -> tab "other"



Set Kurus Shaklee

Semua orang nak bentuk badan yang kurus secara sihat. Ini adalah disebabkan bukan sahaja senang nak cari baju, malah senang untuk melakukan aktiviti, nampak lebih berkeyakinan dan yang paling penting kuruskan badan secara sihat dapat memelihara kesihatan.

3 LANGKAH UNTUK MENDAPATKAN BERAT BADAN YANG IDEAL

1) Buang (Detoks) - Alfalfa / Herblax
2) Bakar lemak - Lecithin / Omega Guard
3) Bina Otot - Cinch / ESP




LANGKAH PERTAMA : DETOX
Detox adalah proses membersihkan usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih. baru badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum.

Kenapa Detox itu penting?
Detox adalah untuk menyingkirkan toksin berlebihan yang terkumpul dalam badan. Tanpa mengeluarkan toksin yang terlampau banyak dalam badan, badan sukar menyerap nutrient dari makanan seharian dan supplimen

 LANGKAH KEDUA : MEMECAHKAN LEMAK
 Proses memecahkan lemak boleh dilakukan dengan mengambil Lecithin atau omega. Lecitin dinamakan “pengemulsi semulajadi” kerana ia mempunyai kesan melekat pada lemak, dalam perkataan ringkasnya,ia menyebabkan lemak tu terapung di dalam darah, dan seterusnya mencegah lemak dari melekat kat dinding membran. Lecitin tak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh badan.

Walau apa juga supplemen yang anda makan untuk kurus anda haruslah menjaga pemakanan seharian anda, jangan makan sesuka hati. Kena kurangkan lemak dan minyak , rajin bersenam dan banyakkan minum air. Sekurang-kurangnya 3L sehari.

LANGKAH KETIGA : MEMBINA OTOT DENGAN PROTEIN
Protein sangat diperlu untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak. Kajian menunjukkan protein dapat membakar kalori sampai sebanyak 35%.

Untuk protein terbaik, anda boleh memilih samada Cinch Shake atau jika anda ibu yang menyusukan anak, jangan ambil Cinch Shake ni, tapi gantikan dengan ESP/ MealShake (ESP juga membantu mempercepatkan penghasilan susu badan)

Kenapa perlu mengambil protein? Kerana apabila lemak diuraikan daripada badan, otot diperlukan untuk menggantikan ruangan yang kosong itu bagi mengelakkan kulit kelihatan tidak bermaya, lembik dan kusam. Bagi anda yang sedang dalam proses mengawal berat badan,pastikan protein terkandung dalam setiap makanan anda



Wakil Pengedar Shaklee Anda
Azlin Othman | Shaklee Independent Distributor [ ID No : 947919 ]
 SMS/WhatsApp : 012-269 1832
atau tinggalkan message anda di sini
selepas saya reply sila lihat inbox  -> tab "other"

Set Kesihatan Kanak-kanak Shkalee yang Selamat


Anak-anak yang sering demam, selsema dan batuknya berulang-ulang kali disebabkan oleh tahap sistem imunnya yang rendah. Tambahan pula anak-anak yang duduk di nursery, sekolah ataupun yang selalu dikelilingi orang ramai memang mudah terkena.

Sistem imun ini membina pertahanan tubuh dan melawan virus dari merosakkan sel-sel tubuh kita dan menyebabkan anak-anak jatuh sakit. Oleh itu sebagai ibubapa adalah amat penting untuk membekalkan si manja dengan nutrisi dan supplimen yang dapat membantu meningkatkan sistem imunisasi anak anda agar dapat mengurangkan terkena jangkitan penyakit.

  MANFAAT MEALSHAKE
*   Membantu pembesaran dan pembinaan tulang, kuku, otak si anak
*   Memberikan tenaga dan menguatkan sistem imun kanak-kanak
*   Menangani masalah sembelit pada kanak-kanak
*   Meningkatkan selera makan kanak-kanak
*   Mengurangkan eczema kepada kanak-kanak dan juga orang dewasa
*   Jika anak demam lazimnya akan kembali sihat lebih cepat daripada biasa



OMEGA GUARD

1.  Meningkatkan sistem imun tubuh kanak-kanak (selesema, demam kurang inshaALLAH)
2.  Kesihatan sistem kardiovascular (jantung, arteri, salur darah yang sihat)
3.  Membantu merawat eczema. Omega Guard ni bagus kalau nak kulit cantik tau ;-)
4.  DHA dan EPA dengan untuk perkembangan minda kanak-kanak.
5.  Disyorkkan untuk kanak-kanak hyperactive dan autisme
6.  Dan banyak lagi sehingga mereka dewasa


Cara beri anak makan Omega Guard?

•Jika anak belum pandai mengunyah atau anda sendiri kurang yakin, boleh potong/pecahkan dan sudukan terus pada anak atau campur dalam makanan dan minuman mereka.
•Beri mereka kunyah sendiri.Omega Guard Shaklee ni dalam softgel, so, masuk mulut cair. InshaALLAH takde masalah anak tercekik.


Wakil Pengedar Shaklee Anda
Azlin Othman | Shaklee Independent Distributor [ ID No : 947919 ]
 SMS/WhatsApp : 012-269 1832
atau tinggalkan message anda di sini
selepas saya reply sila lihat inbox  -> tab "other"

Saturday 5 October 2013

Set Bersalin Shaklee

Set Bersalin Shaklee

Melahirkan anak adalah satu proses yang bukan sahaja menyakitkan, malah meletihkan dan memenatkan. Ia memerlukan kekuatan fizikal dan emosi sebelum, semasa dan sesudah itu. Justeru, pemilihan set bersalin yang sesuai buat ibu-ibu ini haruslah dilakukan dengan teliti. Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa, vitamin Shaklee juga sesuai digunakan oleh ibu-ibu yang baru melahirkan anak. SET BERSALIN Shaklee kini menjadi pilihan no. 1 ibu-ibu moden disebabkan oleh kemudahan dalam menggunakannya serta kelebihannya berbanding set bersalin yang lain. Tidak seperti jamu atau set berpantang yang ada dalam pasaran sekarang, Set Bersalin Shaklee ini boleh digunakan untuk bersalin biasa mahupun ceaserian. Ia tidak panas, tidak menyebabkan sembelit, tidak memudaratkan kuning anak serta lebih ringkas dan mudah. Bukan itu sahaja, ia menggalakkan penghasilan susu badan dan memberi lebih tenaga, rasa cergas dan penyembuhan yang lebih cepat.

Kelebihan vitamin yang terdapat dalam Set Bersalin Shaklee

Vita-lea
 -Mengandungi keperluan 28 vitamin dan mineral penting yang di perlukan oleh orang dewasa.
 -Oleh kerana,ibu banyak kehilangan darah,ibu perlu makanan yang sihat serta nutrisi yang lengkap bagi menggantikan darah yang hilang.
 -Mengandungi zat besi yang penting dalam pembentukan sel darah merah
 -PESANAN-vitalea tidak boleh di ambil bersama susu,sebab itu ostematrik perlu di jarakkan pengambilannya dengan vitalea.

Vit B-Compleks
 -Menukar makanan kepada tenaga-menjadikan ibu berpantang kurang letih dan bertenaga.
 -Melawan tekanan
 -Membaiki masalah kulit kepala,kelemumur ,rambut gugur
 -Mencegah anemia-membantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan antibody

Zinc Kompleks
 -Mempercepatkan pemulihan luka-sama ada bersalin normal atau pmbedahan,penting untuk ibu berpantang pulih sepenuhnnya.
 -Mempertingkatkan sistem imun
 -Membantu masalah keguguran rambut yang di alami ibu berpantang
 -Membantu masalah kedinginan selepas bersalin.

 Vit C
 -Peningkatan sistem imun.
 -Mencantikkan kulit-kebiasaannya ibu berpantang mengalami wajah yang agak kusam
 -Melambatkan penuaan serta menyekat pembentukan pigmen punca utama kejadian jeragat.
 -Mempercepatkan penyembuhan luka jahitan.

ESP
 -Menyediakan 9 asid amino penting yang tidak dapat di hasilkan oleh tubuh manusia.
 -Meningkatkan sistem imun dalam badan.
 -Meningkatkan tenaga.
 -Terbaik untuk ibu serta anak kerana khasiat esp mengalir kepada bayi melalui susu ibu.

Ostematrix

 -Kalsium yang isinya seimbang,kadar penyerapannya 99%
 -Menguatkan tulang
 -Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas-selalunya ibu yang melakukan pembedahan terdedah 
  untuk menjadi kebas serta kejang.
 -Meringankan stress-mengimbangi tekanan dara,mood,sakit kepala dan pitam.
 -Mengelak sembelit

Alfalfa Compleks

 -Meningkatkan pengeluaran susu
 -Menyingkirkan lemak dan kolestrol-disamping menyusu dapat menghapuskan lemak.
 -Melegakan keletihan


 Anda tidak akan menyesal memilih set bersalin Shaklee kerana di samping anak membesar selari dengan khasiat yang di perlukan,para ibu juga turut mendapat manfaat kesihatan.

Anda di sarankan untuk menyusu secara eksklusif selama enam bulan dan meneruskannya dengan makanan tambahan sehingga bayi mencecah usia 2 tahun.


Wakil Pengedar Shaklee Anda
Azlin Othman | Shaklee Independent Distributor [ ID No : 947919 ]
 SMS/WhatsApp : 012-269 1832
atau tinggalkan message anda di sini
selepas saya reply sila lihat inbox  -> tab "other"